Sabah akan jadi negara maju dan super kaya kalau…

2,009

Sekiranya Menteri2 Persekutuan asal Sabah ini benar benar ikhlas perjuangkan MA 63 yang berbaki 4 perkara untuk diselesaikan. Tahun ini pun mereka akan dapat laksanakan MA63.

Kerana ketika PH memerintah, baki 4 perkara masih dalam perbincangan 3 penjuru antara Tun M, Abang Johari dan Shafie.

Ingat ketika temubual Datuk Seri Bung Mokhtar dengan UMNO Online. Dia kata MA 63 sukar dilaksanakan selagi Kerajaan Sabah Warisan. Di Persekutuan PN.

Persoalannya, mahukah rakyat Sabah diperintah kembali oleh UMNO dan rakan rakan?

Ya, betul. Sukar dilaksanakan oleh mereka kerana kepentingan diri dan politik melebihi kepentingan rakyat.

4 perkara yang belum dilaksanakan;
i) royalti minyak dan pembayaran royalti petroleum.
ii) mineral minyak dan medan minyak.
iii) akta laut wilayah 2012.
iv) hak negeri ke atas pelantar benua.

Sekiranya 4 perkara tersebut dilaksanakan. Sabah akan jadi negara maju dan super kaya dengan sangat cepat.

Bayangkan. Belum pun dilaksanakan, royalti minyak saja lebih kurang RM1.6 billion. Sekarang Sabah kutip sales tax 5% lagi lebih kurang RM1.6 billion.

Kalau 4 perkara tersebut lagi dilaksanakan. Saya cukup yakin kerajaan Negeri dapat buat bajet tahunan lebih RM10billion setahun. Berbanding sekitar 3 Billion setahun pada masa ini.

Sudah tentu ini perkembangan tidak baik untuk pembangkang. Dan sebab kekayaan hasil bumi ini jugalah puak puak ini berabis mahu jadi kerajaan walaupun dengan jalan fitnah.

Ditambah lagi kepintaran pemimpin2 Warisan dalam mentadbir. Tahukah anda, nilai dagangan eksport negara Malaysia tertinggi dalam sejarah semasa Darrel Leiking menjadi Menteri MITI? Statistik ini boleh dirujuk di Jabatan Perangkaan Malaysia.

Rakyat Sabah kena satu hati. Jangan terpengaruh dengan sebarang usaha usaha menebuk atap mahu menumbangkan Kerajaan Warisan .

Share sekiranya anda patriotik dan sayangkan Sabah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.