Sejarah yang ramai tidak tahu – Datuk Azis Jaman

1,857

Sejarah yang ada setengah pengkritik tidak tahu. Mereka cakap waktu DSSA ambil alih kerajaan, tiada usul undi tidak percaya keatas Musa Aman.

DSSA memanggil Sidang Dewan Undangan Negeri Khas bagi membuktikan Musa tidak command majoriti dlm dewan.

Sejarah yang ada setengah pengkritik tidak tahu. Mereka cakap waktu DSSA ambil alih kerajaan, tiada usul undi tidak percaya keatas Musa Aman.

DSSA memanggil Sidang Dewan Undangan Negeri Khas bagi membuktikan Musa tidak command majoriti dlm dewan. Dia tidak mengelak atau lari dari berhadapan dengan ahli-ahli dewan undang negeri.

TYT melantik tetapi yang menentukan siapa ketua menteri pada dasarnya adalah Dewan Undangan Negeri. TYT bertindak mengikut apa yg dia percaya mendapat sokongan majoriti dlm Dewan tetapi tidak bermakna dia tidak boleh silap, maka dengan itu bagi membuktikan bahawa TYT silap atau tidak dlm membuat pertimbangan melantik akan di tentukan oleh DUN…..

Dlm kes TYT melantik Musa, apa bila Star ambik keputusan utk bersama BN maka pada dasarnya TYT berpandangan pada ketika itu Musa command majoriti maka TYT perkenan melantik Musa sebagai Ketua Menteri. Tetapi UPKO bertindak keluar dari BN dan ingin bersama Warisan and Friends. TYT memanggil setiap ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yg menzahirkan ingin bersama Shafie seorang demi seorang dan mendengar sendiri pengakuan mereka di saksikan oleh Hakim Sabah & Sarawak dan hasil daripada itu, TYT berpandangan bahawa Musa telah hilang majoriti dan menasihatkannya utk meletak jawatan tetapi Musa menolak.

Mengambil pertikaian yang sama seperti apa yg berlaku di perak apabila BN mengambil alih kerajaan negeri perak setelah MB hilang majoriti, pada ketika itu juga Dato Sri Nizar menolak utk letak jawatan walaupun telah di nasihatkan oleh Sultan Perak dan akhirnya Sultan perkenan perlantikan YB Dato Seri Zamby sebagai MB Perak yang baru daripada BN walaupun Dato Seri Nizar tidak letak jawatan maka kes di bawa ke mahkamah. Di pendekkan cerita, keputusan mahkamah juga memihak kepada Dato Seri Zambry kerana realitinya dia memiliki jumlah majoriti dlm dewan mengakibatkan pandangan Sultan Perak pada ketika itu tidak salah or silap.

Undng-undang tidak memilih dan berpihak. Jika di Perak BN menang takkan di Sabah cerita dia berbeza?

[correct me if I am wrony]

Sumber : FB https://www.facebook.com/azisjms

Leave A Reply

Your email address will not be published.